Ramadan: Jangan subahat dengan ‘geng plastik hitam’ – Timbalan Mufti Perak

Berita Perak

IPOH: Menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi, peniaga makanan, khususnya yang beragama Islam diingatkan supaya tidak bersubahat dengan geng plastik hitam.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, makan di siang hari pada bulan Ramadan merupakan fenomena yang berlaku setiap tahun dan ia berkait rapat dengan iman seseorang.

“Kepada peniaga-peniaga, kami memohon agar berhati-hati. Menjual makanan kepada mereka yang tidak mampu berpuasa seperti kanak-kanak adalah dibenarkan, namun jika menjual kepada mereka yang sengaja tidak berpuasa, ia dianggap bersubahat dan berdosa.

“Kita berharap perkara ini dapat dikurangkan dan umat Islam lebih peka kerana ia melibatkan pelaksanaan salah satu rukun Islam,” katanya.

Bercakap berkata demikian dalam sidang media ketika mengumumkan kadar zakat fitrah di ibu pejabat Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) di sini, hari ini.

Beliau berharap masyarakat agar dapat memainkan peranan masing-masing untuk menegur atau menasihati peniaga yang berbuat demikian.