IPOH: Persatuan India Muslim Perak (PRIM) meneruskan tradisi menjelang Aidilfitri dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti warga emas, asnaf, muallaf, orang miskin dan orang kurang upaya (OKU).
Dalam program terbaharu yang dianjurkan dengan kerjasama Masjid Muhammadiah (Masjid Cina), Taman Tasek Jaya dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak,
seramai 130 orang menerima bantuan makanan untuk persiapan
Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas, DPMM Perak, Datuk Azizul Kama Abdul Aziz
Hadir sama Pengerusi Persatuan India Muslim Perak (PRIM), Mohd Arib Aliah dan Pengerusi Masjid Cina, Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah.
Mohd Arib ketika ditemui berkata, pihaknya berharap agar penerima bantuan tidak menjual sumbangan yang diterima kepada orang lain, seperti dua kes yang dikesan tahun lalu.
“Tujuan kita beri bantuan makanan ini agar mereka dapat membuat persiapan Hari Raya, dan kalau dijual, lain kali kita tidak akan beri lagi,” tegasnya hari ini.
Beliau merakamkan penghargaan kepada ahli jawatankuasa PRIM kerana turut bersama-sama menyumbangkan barangan keperluan dapur tersebut.
Sementara itu, Azizul Kama berkata, program itu adalah yang kedua pemberian makanan dianjurkan bersama PRIM tahun ini.
“Minggu lepas kita buat tetai barangan keperluan disumbangkan sebuah NGO dari Kuala Lumpur tetapi kali ini barangan keperluan disediakan oleh PRIM sendiri,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, DPMM Perak masih mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung kenaikan harga minyak, khususnya diesel, ekoran geopolitik tidak menentu kesan konflik Asia Barat.
“Bagaimanapun, sebagai ahli dewan kita akan menyahut segala seruan berjimat cermat dan sebagainya seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri,” katanya.








