Polis rampas 120 kilogram dadah, terbesar di Perak tahun ini

Berita Perak

IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merampas lebih 120 kilogram dadah bernilai RM4.6 juta dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang diletakkan dalam berhampiran loji Taman Pulai Savana, Gerik, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, rampasan iti adalah antara yang terbesar di Perak tahun ini.

Menurutnya, hasil maklumat awam, Unit Peronda dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik telah melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan jenis Honda HRV itu.

“Kita telah memeriksa secara detail kenderaan yang ditinggalkan ini dan berjaya menemui dan terus merampas 80 paket plastik lutsinar yang mengandungi bahan yang disyaki dadah jenis metamphetamine atau di pasaran dikenali sebagai syabu seberat, anggaran berat lebih kurang 42.8 kilogram.

“Kita juga menjumpai 39 paket lutsinar plastik lutsinar yang mengandungi bahan yang disyaki jenis ketamin, anggaran berat 40.36 kilogram,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, pada Rabu.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan tersebut mendapati nombor chasis nya telah dipotong dan nombor enjin telah diganggu.

Katanya, dadah yang dirampas disyaki untuk diedarkan di pasaran negeri Perak dan negeri-negeri sempadan

Dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan untuk seramai 350, 000 orang penagih dadah dan
Kes ini disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.