IPOH: Ipoh akan menjadi tuan rumah Pertandingan Pickleball Terbuka (PFC Open) 2025 di gelanggang pickeball berhampiran Padang Abdul Jalil, di sini, yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM40,000.
Pertandingan bertaraf kebangsaan itu yang akan diadakan pada 13 dan 14 September ini, dianjurkan Perfect Pickeball Club dan Pickeball Fun Club Ipoh dengan sokongan daripada Tourism Perak Management Sdn. Bhd.
Pengerusi Tourism Perak, Datuk Kamil Shafie berkata, pertandingan tersebut telah menarik penyertaan 250 permain dari seluruh negara, selain dari Singapura dan China.
Menurutnya, antara objektif pertandingan ini tersebut adalah untuk mempromosi sektor tourism yang terbaru, iaitu pelancongan sukan di sekitar Bandaraya Ipoh.
“Pelancongan sukan adalah satu komponen pelancongan yang baru dan makin sesuai dengan gaya hidup yang lebih berfokus kepada kesihatan dan kesejahteraan selepas Covid 19,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Sementara itu, jurucakap penganjur, Vincenns Lim berkata, PFC Open 2025 merupakan pertandingan terbesar yang diadakan di Perak setakat ini.
Menurutnya, pertandingan mempunyai tiga kategori utama dan enam sub-kategori iaitu permain baru – beregu lelaki dan beregu campuran, permain amatur – beregu lelaki (umur 19 keatas), beregu campuran (umur 19 keatas), dan terbuka – beregu lelaki (umur 19 keatas) dan perseorangan lelaki (umur 19 keatas).
“Pertandingan ini adalah langkah pertama untuk Bandaraya Ipoh dijadikan satu hub sukan kepada para pelancong tempatan dan luar negara melalui sukan pickleball yang berkembang dengan pesat.
“la juga boleh meransang perniagaan tempatan, pada masa sama, pihak kami juga telah menarik penaja-penaja korporat untuk memberi fokus kepada pasaran Bandaraya Ipoh dan berharap memperluaskan peluang pekerjaan,” ujarnya.
Vincenns berkata, pihak Pikcleball Fun Club berharap agar kejohanan tersebut dapat mencungkil bakat pemain berpontensi untuk mewakili negeri Perak untuk bakal Sukan Malaysia sebaik sahaja sukan tersebut dimasukkan.
Menurutnya, Pickleball Fun Club Ipoh adalah perintis pickleball di Ipoh dah mempunyai gelanggan pickleball yang paling berprestij serta mempunyai taraf antarabangsa,” katanya.
Beliau memberitahu, setakat ini terdapat 18 gelanggang pickleball di Bandaraya Ipoh, termasuk enam gelanggang bertaraf antarabangsa yang sesuai untuk tujuan kejohanan.