Pekerja kilang kayu maut dihempap timbunan kayu

Berita Perak

MANJUNG: Seorang lelaki berusia 41 tahun maut setelah dihempap timbunan kayu di sebuah kilang kayu dekat Ayer Tawar, di sini pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah, polis dari Balai Ayer Tawar menerima panggilan dari orang awam berhubung kejadian tersebut sekitar jam 11.20 pagi.

Katanya, mangsa merupakan pekerja kilang kayu tersebut.

“Kemalangan berlaku di tempat kerja yang membabitkan seorang pekerja lelaki.

“Saksi iaitu majikan mangsa memaklumkan terdengar bunyi dentuman kayu yang jatuh dan ternampak ada orang di bawah timbunan kayu tersebut.

“Kemudian, dia segera memberi bantuan dengan mengalih kayu tersebut, mangsa berjaya dikeluarkan tetapi tidak memberi tindak balas,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mohamed Nordin berkata, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sehubungan itu, katanya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Katanya lagi, orang ramai dinasihatkan supaya memanipulasikan kejadian tersebut, dan kes masih dalam siasatan polis.