Papan tanda pasar raya besar Mydin Meru terbakar

Berita Perak

IPOH: Papan tanda pasar raya besar Mydin di Meru Raya di sini terbakar dalam kejadian yang berlaku malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, papan tanda di bahagian luar pasar raya berkenaan terbakar sebanyak 10 peratus.

Seramai 13 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dan Ipoh bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 8.32 malam.

Katanya lagi, punca kebakaran masih dalam siasatan dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya malam tadi.

Foto Bomba Perak