IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengadakan satu taklimat berkaitan pelaksanaan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (CJCP) dalam perolehan kerajaan di sini, hari ini.
Taklimat disampaikan Penolong Pengarah Kastam Negeri Perak, Mohamed Inmran Sahul Hamid dan
disertai ketua-ketua jabatan, para pegawai serta anggota MBI.
Menurut kenyataan MBI penganjuran taklimat itu bertujuan memberi pemahaman dan pendedahan kepada warganya mengenai pelaksanaan cukai, khususnya bagi kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan oleh MBI.
“Taklimat turut merangkumi aspek perundangan Cukai Perkhidmatan termasuk akta, peraturan, perintah serta dasar-dasar berkaitan,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, taklimat tersebut penting memandangkan MBI terlibat secara langsung dalam perolehan kerja, perkhidmatan dan bekalan.





