Mayat wanita ditemui terapung di Lombong Bandar Lahat Mines

Berita Perak

IPOH: Mayat seorang wanita yang dipercayai baru meninggal dunia ditemukan terapung di permukaan Lombong Bandar Lahat Mines di sini hari ini.

Mayat mangsa berusia 22 tahun itu ditemui di terapung di tepi lombong berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan membantu pihak polis mengambil mayat pada pukul 10.20 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh digerakkan ke lokasi kejadian dan mayat ditemui berpakaian lengkap bersama kad pengenalan diri.

“Ketua Operasi melaksanakan size-up seterusnya menggunakan stretcher untuk membawa mangsa ke permukaan darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Shahril Shahbudin tamat pada pukul 11.24 pagi.