MARDI bangunkan variati baharu durian

Berita Perak

KUALA KANGSAR: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sedang membangunkan beberapa variati durian bagi membuka peluang komersial yang lebih luas.

Menurut Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani, pihaknya menjangkakan sekurang-kurangnya tiga varieti baru akan diperkenalkan dalam tempoh dua tahun lagi.

“Kita sekarang sedang ada lagi penilaian terhadap beberapa hibrik baru, tapi kita belum dapat untuk confident untuk keluarkan sebab kita tengoklah kesesuaian dengan tempat-tempat yang lain lagi di Malaysia.

“Jadi sebenarnya kita ada di dalam paip line kita ada beberapa variati hidrid lah yang kita cuba ketengahkan nanti.

“Jadi insya-Allah saya ingat dalam setahun dua kita boleh dapat variett barulah daripada MARDI,” katanya kepada pemberita ketika lawatan ke Duriotourism Mardi Kuala Kangsar bersama media di sini, hari ini.

Menurutnya, variati baharu itu sedang dibangunkan di MARDI Kuala Kangsar, Perak dan Jerangau, Terengganu.

Sementara itu, Mohamad Zabawi berkata, sebanyak 13,000 pokok durian hibrid MDUR 88 yang dijenamakan semula kepada MARDI Super (MS88) telah ditanam di seluruh negara.

Menurutnya, penanaman varieti MS88 itu dipantau MARDI bagi memastikan keberhasilannya sebagai durian premium negara untuk pasaran komersil yang lebih luas.

“Insya-Allah, mungkin dalam lima atau enam tahun akan datang dengan penanaman 13,000 pokok durian MS88 ini, kita boleh wujudkan pusat pengumpulan sebelum durian jenis ini dieksport.

“Buat masa sekarang, varieti durian ini baru berusia dua ke tiga tahun. Insya-Allah dalam masa beberapa tahun akan datang, durian MS88 ada di pasaran secara meluas,” katanya.

Dalam masa sama, kata beliau, disebabkan saingan dan lambakan durian, pihak MARDI tidak lagi bergantung kepada durian segar, sebaliknya turut berusaha membangunkan produk hiliran.