Majlis Perasmian Pecah Tanah Hotel M Hill

Berita Perak

IPOH: Sebuah lagi hotel baharu bakal dibina di Bandaraya Ipoh tidak lama lagi, sekaligus membantu merancakkan sektor pelancongan di bandaraya ini.

Majlis Perasmian Pecah Tanah Hotel M Hill telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak, Loh Sze Yee pada petang Khamis.

Hadir sama Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, nilai pembangunan kasar (GDV) projek itu bernilai sekitar RM110 juta.

Ia secara tidak langsung memberi impak yang besar kepada pembangunan ekonomi Bandaraya Ipoh.