Limpahan air sungai: 27 orang dipindahkan ke PPS di Bagan Serai

Berita Perak

BAGAN SERAI: Seramai 27 orang daripada lima buah keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak susulan banjir yang berlaku di Kampung Changkat Lobak pada petang Jumaat.

Menurut jurucakap Jawankuasa Pengurusan Bencana Daerah, banjir tersebut dipercayai berlaku disebabkan limpahan air Sungai Kerian yang menjejaskan kawasan sekitar.

Katanya, semua mangsa ditempatkan di PPS tersebut yang dibuka pada jam 6 petang semalam.

Ujarnya lagi, jumlah itu sedikit meningkat berbanding 16 orang daripada tiga keluarga pada Jumaat.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia pada Sabtu turut mengeluarkan kenyataan tiada amaran ribut petir dan hujan berterusan.

Dalam pada itu, ramalan cuaca negeri Perak pula memaklumkan hampir semua daerah di negeri ini dijangka hujan pada sebelah petang.