Lelaki maut ketika tebang pokok getah di kebun

Berita Perak

PENGKALAN HULU: Seorang lelaki warga emas maut dipercayai terkena libasan pokok sewaktu menebang pokok getah di kebunnya dekat Kampung Klian Intan, di sini pada Rabu petang.

Mangsa yang berusia 76 tahun itu ditemukan oleh pasukan penyelamat dalam keadaan terbaring serta tidak memberi sebarang tindak balas.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.16 petang.

Lalu, seramai lapan orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu digerak atur ke lokasi.

“Mangsa dipercayai terkena libasan pokok sewaktu menebang pokok getah di kebunnya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa keluar dari kawasan kebun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya