IPOH: Setelah lapan tahun bertapak di Terengganu dan Selangor, syarikat katering, A Two Z Global membuka cawangan ketiga di Ipoh
Pengurus A Two Z Global, N. Ganash Nadarajah, pembukaan cawangan baharu itu dibuat secara kerjasama dengan D Lestari Global Event (D&G).
Menurutnya, selain menawarkan pakej halal, mereka turut menawarkan harga yang berpatutan.
“Kami gunakan bahan-bahan premium yang halal, kami tak gunakan bahan-bahan yang murah.
“Kalau mahu kami boleh sahaja menggunakan bahan mentah yang murah dan tawarkan harga yang murah.
“Tetapi kami mahu pelanggan menikmati makanan yang sedap, bermutu dengan harga yang berpatutan,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Beliau ditemui sempena pelancaran cawangan terbaharu di baru-baru ini No 15,Jalan Jelapang 10,
Pusat Komersial Jelapang, di sinj
Majlis pelancaran turut dihadiri tetamu khas, Naib President DPMM Pusat merangkap Yang Dipertua DPMM Negeri Perak, Ir Ts Kamarullaffie Ahmad; Setiausaha Kehormat DPMM Negeri Perak, Aziz Zam dan ahli perniagaan, Yu Azman Hamid.
Ganash berkata, A Two Z Global bersedia menerima tempatan daripada acara kecil seperti sambutan hari lahir hinggalah acara besar seperti majlis perkahwinan.
“Kita akan cover semua, daripada A hingga Z kerana kita mahu pelanggan tidak risau, sebaliknya mereka boleh melayan tetamu dan yang lainya kami uruskan.
“Kami uruskan dari tempat acara, dekorasi dan makanan, mereka tak perlu risau, semuanya kami uruskan,” tambahnya.
Selain itu, katanya, mereka turut menyediakan pelbagai jenis makanan, termasuk makanan segera serta makanan dari utara dan selatan India
Menurutnya A Two Z mempunyai barisan chef yang berpengalaman, termasuk yang pernah berkhidmat di Timur Tengah.
“Itu sebab produk makanan kita luar biasa, lain dari yang lain sebab kita mahu pelanggan merasai sesuatu yang berlainan,” kata Ganash.




