Karnival saham MITRA tingkat penglibatan kaum India dalam pelaburan ekuiti

Berita Perak

IPOH: Karnival saham yang dianjurkan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) telah berjaya meningkatkan bilangan kaum India yang terlibat dalam pelaburan ekuiti di Bursa Malaysia.

Ketua Pengarah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) G. Prabagaran berkata, selepas tiga siri diadakan, bilangan masyarakat India yang membuka akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) tahun ini meningkatkan daripada 80,000 kepada 85,00.

Menurutnya, ia mencatatkan peningkatkan sekitar 6.6 peratus selepas karnival di Selangor, Kuala Lumpur dan Kedah.

“Tujuan utama program ini diadakan adalah salah satu visi kerajaan ataupun MITRA adalah untuk meningkat ekuiti masyarakat India dan kami dapati penglibatan masyarakat India dalam pelaburan ni, khususnya saham ni amat kurang iaitu hanya satu peratus.

“Apabila kita tengok masalah ini, kita telah membuat kerjasama dengan pihk Bursa Malaysia untuk mengadakan program ini untuk memberikan kesedaran.

“Dalam hubungan ni kita nampak selepas tiga program, sebelum ni peratus pembukaan akaun CDS masyarakat India adalah sebanyak 80,000 di Malaysia,” katanya.

Beliau ditemui selepas perasmian Karnival Saham MITRA di Dewan Bandaran Ipoh, pada Sabtu yang disempurnakan Timbalan Menteri di Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran.

Mengulas lanjut, Prabagaran berkata, program itu akan diteruskan di empat lokasi di Johor, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Beliau berharap masyarakat India di negeri-negeri tersebut akan mengambil kesempatan untuk mendapat manfaat daripada pelbagai aktiviti yang disusun sepanjang program itu.\