Kalau dah jodoh, lelaki 47 tahun, isteri 70 tahun

Berita Perak

LENGGONG: Kalau dah jodoh, tak ke mana.

Itulah yang dapat dikatakan kepada
pasangan pengantin, Mohd. Shaiful Nizam Yeop Mat Isa, 47, dan isterinya, Rapeah Sani, 70 yang menjadi tumpuan dalam Majlis Kenduri Perkahwinan Beramai-ramai di Lenggong pada Ahad.

Mereka disandingkan serentak bersama 24 pasangan pengantin dalam majlis bersempena tarikh 25 Mei 2025 yang mempunyai keunikan gabungan nombor.

Rapeah berkata, perkahwinan dengan Mohd Shaiful Nizam adalah perkahwinan kali yang ketiga baginya.

“Ini perkahwinaj ketiga saya. saya kenal dia (sebab duduk dekat, masak bagi dia makan selalu.

“Ingatkan tak hendak kat dia, rupanya dia ada hati kat saya, terus mak dia datang meminang,”katanya.

Rapeah berkata, pertunangan mereka tidak lama dan mereka bernikah pada 7 April lalu, ketika Hari Raya Aidilfitri.

Mohd. Shaiful Nizam pula berkata, jodohnya bersama Rapeah bermula apabila beliau pulang dari Kual Lumpur ke Lenggong pada Oktober tahun lalu dan berjiran dengan isterinya itu.

“Dulu saya anggap dia makngah saya, tiba-tiba jadi isteri saya, terima lah, jodohkan, nak buat macam mana,” katany.

Majlis Kenduri Kahwin Beramai-ramai Parlimen Lenggong yang berlangsung meriah dengan kehadiran 25,000 tetamu di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi MARA.

Program tahunan itu merupakan anjuran bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan serta Majlis Pelancongan Lenggong.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Shamsul Anuar berkata, program itu telah diadakan sejak beberapa tahun lalu untuk dijadikan antara produk pelancongan Lenggong.