Jejak Usahawan Tone Wow kongsi ilmu cara raih pendapatan pasif, manfaat media sosial

Berita Perak

IPOH: Jelajah Jejak Usahawan Tone Wow berakhir di bandar raya Ipoh sebagai lokasi terakhir persinggahan tahun ini.

Jelajah yang berlangsung pada 28 September lalu itu bertujuan memberikan kefahaman kepada komuniti bagaimana untuk menjana pendapatan pasif.

Menurut Pengurus Pengalaman Pelanggan Tone Wow, Zamzarul Iqbal, dengan hanya menggunakan telefon bimbit, orang ramai boleh meraih pendapatan sampingan.

“Kita mahu orang ramai tahu tentang potensi perniagaan Tone Wow dan bagaimana mereka boleh dapat manfaat dari situ.

“Sesi jelajah ini merupakan yang terakhir bagi tahun 2024, namun ia akan berterusan untuk tahun berikutnya,” katanya ketika ditemui di program Jejak Usahawan Tone Wow, Prepaid That Pays di Hotel Travelodge, di sini.

Dalam sesi jelajah itu, mereka berkongsi pengetahuan serta diselitkan konsep cara untuk buat duit dengan Tone Wow.

Sementara itu, wakil Pusat Servis Tone Wow, Azmi Ismail berkata, dia mula menjalankan perniagaan itu sejak tahun 2016.

Dia turut menasihatkan orang ramai supaya menggunakan platform digital seperti media sosial bagi mengembangkan perniagaan itu.

“Saya lihat perniagaan ini cukup mudah dilaksana, hasil pendapatan juga bermula dari dua ke tiga sehingga empat angka.

“Saya yakin hujung tahun ini saya boleh cecah sehingga lima angka, ini satu kejutan dan bukan susah untuk lakukannya kerana kita ada platform digital dan pelbagai media sosial.

“Sebahagian besarnya saya guna platform yang sedia ada seperti Facebook, Instagram, X dan TikTok, bila pasarkan perniagaan secara dalam talian pun sudah mampu mengubah pendapatan keluarga,” katanya.

Ketua Pemasaran dan Kawal Selia Tone Wow, Syaza Liyana berkata, sesi jelajah ke seluruh Malaysia itu membuka ruang untuk pihak Tone Wow membantu orang ramai yang mahu mengubah nasib hidup.

“Tone Wow sudah bermula sejak 2010 dengan misi dan visi ialah membantu komuniti jana pendapatan dengan guna prepaid prabayar,” katanya.

Rakan Kongsi Tone Wow, Hafidz Arif berkata, dia berkecimpung dalam perniagaan itu memandangkan pendapatannya sebelum ini tidak mencukupi.

“Saya mahu cari peluang untuk tambah pendapatan dengan gaji yang tidak cukup.

“Saya nampak Tone Wow ini caranya buat duit melalui telefon, jadi mengapa tidak saya cuba. Modalnya rendah dan peluang untuk dapat keuntungan berkali-kali.

“Ia merupakan titik perubahan untuk saya lakukan perniagaan ini secara serius,” katanya.

Wakil Cawangan Tone Wow, Habib Hafiz berkata, peluang ini wajar direbut oleh golongan muda.

“Ia peluang terbaik untuk anak muda, modalnya rendah dan raih pendapatan pasif.

“Anak saya dua orang, masing-masing ada ijazah, bila mereka tamat pengajian peluang kerja terhad. Berapa ramai kita lihat graduan yang bila tamat belajar hanya kerja biasa.

“Apa kata kita ambil peluang ini untuk jadikan ia sebagai sumber pendapatan, boleh cuba sebagai pengguna dulu, caranya pun mudah dan bergantung kepada masa sendiri,” katanya.