Jalan sekitar Tambun ditutup, dilencong sempena perarakan sambutan Hari Bomba Sedunia

Berita Perak

IPOH: Polis Daerah Ipoh akan melaksanakan penutupan dan lencongan jalan sekitar Tambun bagi memberi laluan raptai dan perarakan perbarisan sambutan Hari Bomba Sedunia 2024.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, penutupan dan lencongan itu akan bermula jam 6.30 pagi hingga 12 tengah hari pada Khamis hingga Sabtu ini.

Menurutnya, jalan-jalan yang terlibat ialah laluan utana Dataran Sunway (pengaktifan laluan dua hala Jalan Tambun – Tanjung Rambutan) dan laluan alternatif ke Banjaran dan Sunway Onsen.

“Jalan-jalan alternatif yang boleh boleh digunakan oleh pengguna jalan raya semasa penutupan dan lencongan itu ialah Jalan Perpaduan dan Jalan Bercham,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa penutupan dan lencongan itu dilaksanakan.