BUKIT GANTANG:!Dianggarkan hampir 200 buah rumah, premis perniagaan, surau dan masjid dari 26 kawasan di sekitar Bukit Gantang dan Taiping terjejas akibat ribut yang turut menyebabkan kejadian pokok tumbang petang Rabu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, setakat pagi Rabu, seramai 145 mangsa telah mendaftar secara dalam talian dan bilangan itu dijangka meningkat menjelang petang.


Menurutnya, bagi meringankan beban mangsa, pihaknyq menghulurkan bantuan tunai segera sebanyak RM400 bagi setiap keluarga.
“Setiap orang yang menjadi mangsa tidak kira besar ataupun kecil, ada rumah yang kosnya (untuk baik pulih) lebih kurang RM10,000, ada juga RM3,000.
“Kemudian pembaikan akan kita buat juga, macam lepas pembaikan akan dibuat oleh staff saya atau kontraktor yang kita bayar, kita ganti bumbung yang lain lah,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditemui ketika menyampaikan bantuan tunai segera di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Taman Kaya, Bukit Gantang, pada Rabu.
Syed Abu Hussin berkata, berdasarkan kepada pemantauan yang dibuat pihaknya, kos baik pulih dianggarkan kira-kira RM 1 juta.







