IPOH: Gabungan masakan Malaysia dan Timur Tengah menjadi tarikan utama sempena bufet Ramadan di Weil Hotel tahun ini.
Selain itu, lebih 160 juadah dan 10 ‘live stalls’ disediakan khas dengan bertemakan ‘cita rasa antara benua’.
Menurut Pengurus Perhubungan Awam dan Marcom di sini, Erwina Rahim, bufet itu bermula 2 hingga 30 Mac, dari jam 7 hingga 10 malam setiap hari sepanjang Ramadan.
“Hidangan eksklusif ini merupakan gabungan harmoni antara masakan Malaysia dan Timur Tengah, yang disediakan dengan teliti oleh chef pakar kami.
“Tidak perlu pergi jauh untuk menikmati bufet Ramadan yang terbaik dari dua benua, kerana menu istimewa ini ada di Weil Hotel,” katanya.


Dalam pada itu, tidak sah jika tiada hidangan kambing golek panggang sempena Ramadan.
Ia turut disertakan dengan kambing ouzi Arab yang dimasak perlahan, selain gulai kawah dan rendang tok.
“Alami keenakan samke harra, hidangan ikan ala Lubnan yang pedas, atau nikmati keunikan ikan patin masak tempoyak.
Hidangan ikan sungai yang dimasak dengan kuah durian yang diperam.
Bagi pencinta makanan laut, udang goreng butter telur masin menawarkan udang goreng rangup bersalut telur masin yang enak.
Tidak dilupakan hidangan tradisi bubur lambuk dan sup gear box.
Bagi penggemar makanan ringan rangup, sudut gorengan menawarkan pelbagai pilihan seperti cucur dan apam balik.
Minuman pula termasuk stesen air balang, ais kadang dan pelbagai pencuci mulut kegemaran ramai.
Sementara itu, Ketua Chef hotel berkenaan berkata, kek Ipoh White Coffee dihidangkan sebagai penghormatan nostalgia kepada warisan bandar Ipoh.
“Kami telah menyusun bufet ini dengan teliti untuk menghormati kepelbagaian dan keunikan rasa masakan Malaysia dan Timur Tengah.
“Setiap hidangan disediakan dengan keaslian, semangat kebersamaan serta melambangkan erti sebenar Ramadan,” katanya.
Tawaran istimewa untuk pembelian awal
BELI 10 PAX (Dewasa/Warga Emas) & DAPATKAN
2 PAX PERCUMA! Tawaran sah sehingga 15 Mac 2025 (Tertakluk kepada terma & syarat)
Harga Promosi Bufet:
- Dewasa: RM 148nett
- Warga Emas (60 tahun ke atas): RM 138nett
- Kanak-kanak (5-12 tahun): RM 108nett
- Kanak-kanak bawah 4 tahun MAKAN PERCUMA
Tempah Sekarang:
+605 208 2021 | WhatsApp: +6012 502 9228



