IPOH: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan keturunan Myanmar yang dilaporkan hilang sejak 31 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, remaja itu dikenali sebagai Kawsara Bibi Mohamad Noor, 13, yang beralamat di D-4-12 Jalan Menglembu Impiana 26, Taman Menglembu Impiana Adril, Ipoh.
Katanya lagi, remaja itu bertubuh kurus.
Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjumpai individu itu boleh menyalurkan maklumat kepada Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 013-7312477, Balai Polis Bukit Merah 05-3210925 atau IPD Ipoh 05-2451500.





