IPOH: Ular sawa sepanjang 15 kaki yang menyorok di stor peralatan dekat kuarters kakitangan Kolej Vokasional Ipoh, Persiaran Brash di sini berjaya ditangkap pada Khamis malam.
Menurut Ketua Skuad Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Kinta, Kapten A. Balasubramaniam, kehadiran ular sawa itu disedari oleh kakitangan kolej berkenaan.
Katanya lagi, panggilan berhubung kejadian itu diterima pada jam 9.38 malam dan empat orang anggota APM bergegas ke lokasi.
“Ular itu ditemui di stor perlatan di kuarters kolej berkenaan.
“Ketika itu terdapat tiga orang lelaki di stor berkenaan, salah seorang daripadanya sedang memegang wayar bagi menjerut kepala ular itu,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Katanya lagi, operasi khas bantuan menangkap ular itu tamat sepenuhnya jam 10 malam.

