Anugerah Media Bandaraya Ipoh 2024 meriah

Berita Perak

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Puncak Emas Infra Sdn. Bhd telah meraikan lebih 80 rakan media dalam Majlis Anugerah Media Bandaraya Ipoh 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh malam tadi.

Majlis yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh MBI dan Puncak Emas Infra itu menawarkan lapan anugerah.

Anugerah-anugerah itu ialah Laporan Berita TV Terbaik, Laporan Khas TV Terbaik, Laporan Berita Terbaik, Rencana Terbaik, Jurufoto Terbaik, Juruvideo Terbaik, Wartawan Terbaik dan Anugerah Khas.

Anugerah Wartawan Terbaik telah dimenangi olen Nor Ain Abu Bakar dari RTM manakala Anugerah Khas telah diberikan kepada Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin kerana banyak membantu rakan media.

Majlis juga telah dimeriahkan dengan persembahan dari artis Hard Rock Cafe Ipoh.

Turut hadir Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Datuk Mazlan Abd Rahman; Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan, Seni Budaya dan Warisan MBI, Datuk Ahmad Hariri Kamarudin, Presiden Persatuan Pengamal Media Perak, Sayed Mohd Hesham Syed Idris dan Presiden Kelab Sukan & Kebajikan Media Perak, Rosli Mansor.

MBI berharap majlis itu akan dapat mengeratkan lagi hubungan dengan rakan media serta menghargai mereka dalam pembangunan Bandaraya Ipoh.