21 pasukan ambil bahagian pertandingan bola sepak Piala Ahli Parlimen Tambun

Berita Perak

IPOH: Sebanyak 21 buah pasukan mengambil bahagian dalam Pertandingan Bolasepak 9 Sebelah SJK (Tamil) Kinta Utara Bawah 12 Tahun, di Padang Ipoh, pada Sabtu.

Daripada jumlah itu, 14 adalah pasukan lelaki manakala tujuh lagi adalah pasukan perempuan.

Pertandingan anjuran Persatuan Kebajikan Sehati Warga Perak bagi merebut Piala Ahli Parlimen Tambun.

Pertandingan kali ini adalah yang kedua selepas kali pertama diadakan tahun lalu.

Pasukan lelaki yang mengambil bahagian tahun ini ialah SJKT Klebang (2 pasukan), SJKT Taman Desa Pinji, SJKT Chettiar (2 pasukan), SJKT Kerajaan, SJKT Methodist Buntong, SJKT Perak Sangeetha Sabah Ipoh, SJKT Kg Simeee, SJKT Ladang Chemor, SJKT Menglembu (2 pasukan), SJKT Tanjung Rambutan, SJKT Gunung Rapat.

Pasukan perempuan pula ialah SJKT Klebang, SJKT Methodist Buntong, SJKT Kerajaan, SJKT Chettiars, SJKT Ladang Chemor, SJKT St Philomena dan SJKT Menglembu.

Bagi kategori lelaki, SJKT Chettiar muncul juara diikuti SJKT Klebang B (kedua), SJKT Kerajaan (ketiga) dan SJKT Desa Pinji (keempat).

Bagi kategori perempuan pula, SJKT Kerajaan muncul juara diikuti SJKT Chettiar (kedua), SJKT Menglembu (ketiga) dan SJKT Klebang (keempat).

Kesemua pasukan menerima medal dan wang tunai manakala johan turut menerima piala pusingan.

Hadiah-hadiah disampaikan Pegawai Khas Kanan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Suresh Kumar, Ketua Pegawai Eksekutif Kesavan Empire Group, Datuk Seri S. Kesavan dan Pengerusi Majlis Guru Besar SJKT Perak, S. Jayakumar di samping kepimpinan Persatuan Kebajikan Sehati Warga Perak.

Penyelaras pertandingan, Stanley Nelson berkata, penganjuran pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat dalam kalangan murid-murid lelaki dan perempuan berumur bawah 12 tahun yang mempunyai minat dan potensi dalam sukan bola sepak.

“Pertandingan ini bukan sahaja menjadi medan untuk mengenal pasti bakat muda, tetapi juga sebagai platform memupuk semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama dalam kalangan murid sejak peringkat awal,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan program ini, khususnya:
• Datuk R. Suresh Kumar, Pegawai Khas Kanan Parlimen Tambun atas sumbangan dana kepada persatuan,
• Datuk Seri S. Kesavan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KESAVAN EMPIRE GROUP,
• Tuan S. Rajasegaran, Pengarah Syarikat NAVIRA MEDITECH atas sumbangan kewangan yang amat bermakna,
• Guru Besar SJK(T) Kinta Utara,
• Majlis Bandaraya Ipoh,
• Tambun Sports Event Management,
• Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Utara,
• Para ibu bapa, serta
• Seluruh warga persatuan dan semua pihak yang terlibat.

Stanley berkata, dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, pertandingan ini telah dapat dilaksanakan dengan sangat baik dan jayanya.

“Diharapkan usaha seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan demi pembangunan sukan bola sepak di peringkat akar umbi,” ujarnya.