16 anak Orang Asli sertai programberkhatan beramai-ramai

Berita Perak

IPOH: Sempena cuti persekolahan yang bermula pada Sabtu, seramai 50 kanak-kanak mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai di Chef Din Nasi Briyani Johor, Medan Gopeng hari ini.

Program anjuran bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Perak, Pertubuhan Kebajikan Raudah Malaysia dan Chef Din Nasi Briyani Johor.

Pemangku Pengerusi PERKIM Perak, Datuk Salehuddin Abd Hamid berkata, program itu antara lain untuk meringankan beban kewangan keluarga yang kurang berkemampuan.

“Kita tahu sekarang ini kos hidup telah meningkat, termasuk juga kos untuk berkhatan.

“Jadi dengan adanya program seumpama ini, kita berharap dapat membantu meringankan beban kewangan ibu bapa,” katanya ketika berucap merasmikan program itu.

Sebelum dikhatankan, kanak-kanak yang mengambil bahagian telah ‘dimandikan’ oleh anggota bomba bagi menambahkan lagi kemeriahan program.

Selain program berkhatan, turut diadakan serahan bantuan minyak masak dan beras kepada 50 orang penerima yang terdiri daripada golongan miskin dan asnaf.